Sunday 17 November 2013

Cukupkah tidur anda?

Assalamualaikum w.b.t..






Kepala dah pening-pening.. kalau tengok cermin konfem muka dah macam cik panda. O.O

Tidur berkualiti itu amat penting. Tidur berkualiti hanya boleh kita dapat pada waktu malam. Jadi tak heranlah bila orang cakap "saya tidur untuk cantik.." Yela.. kalau nak bandingkan orang yang cukup tido dengan orang yang tak cukup tido memang boleh nampak perbezaannya. Tido malam yang cukup, paginya kita pasti akan bertenaga, muka pun nampak segar je.. Kalau tak tido malam memang serius rasa sangat malas nak pegi kelas sebab permulaan hari (pagi) pun dah semacam. =.= Kalau sem lepas aku selalu stay up buat proposal FYP. Sem lepas-lepas selalu stay up buat assignment dan study. Hmm.. bunyi macam terbaeeekkk je kan. Tak.. Bukan macam tu, sebenarnya aku memerlukan waktu yang sunyi untuk buat kerja. Time semua orang dah senyap, baru boleh buat kerja.

Lagi haru bila esoknya exam malam tak boleh tido. Sebenarnya aku memang selalu mengalami masalah susah tido. Malam tadi aku mengalami migrain yang maha hebat, kepala berdenyut sakit sangat, sampai terasa panasnya. Alhamdulillah pagi ni dah ok.. Kadang-kadang jeles tengok orang yang senang tido, letak je kepala terus terlelap.. jeles.. v.v Aku nak tido yang berkualiti tak nak jadi burung hantu. Pagi-pagi lagi aku mesej mak, lepas tu mak call. Mak tanya aku "tak tido ke?" hmm..

KEPENTINGAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup membantu tubuh untuk berfungsi dengan sempurna. Tidur yang nyenyak dan mencukupi akan memberi kesihatan fizikal yang baik, panjang umur dan keseimbangan emosi. Antara kebaikkan tidur yang cukup:

(1) Tidur akan memperbaiki sistem imunisasi dan badan akan kekal sihat. Hal ini kerana sewaktu tidur badan akan mengeluarkan molekul protein yang berfungsi untuk mencegah jangkitan dan serangan bakteria.

(2) Tidur boleh merendahkan kadar kolesterol dan tekanan darah serta mengelakkan penyakit jantung.(-_-")

(3) Tidur boleh melegakan dari tekanan dan menjadikan badan lebih tenang. Tubuh badan yang tidak cukup rehat boleh mempercepatkan proses penuaan. (alamak..!)

(4) Tidur boleh memperbaiki daya ingatan dan pemahaman, dan menjadikan otak lebih segar untuk memproses pengetahuan dan pengalaman baru. 

(5) Tidur boleh membantu mengawal hormon dan membantu mengawal selera makan. 

(6) Badan memproses glukosa sewaktu tidur. Jika tidak cukup tidur, glukosa akan gagal diproses dan boleh menyebabkan kencing manis. Oleh itu pastikan tidur mencukupi supaya glukosa dapat diproses dengan baik. 

(7) Tidur mempengaruhi mood pada waktu siang. Individu yang tidak cukup tidur akan terdedah kepada kemurungan, kerisauan dan emosi yang tidak sihat. Oleh itu pastikan kita mendapat tidur yang konsisten dan mencukupi kerana gangguan waktu tidur dapat menjejaskan kualiti dan aktiviti hidup seseorang. (sangat setuju!)


Ok.. aku insaf.. ~(-_-~)

p/s: Disebabkan migrain malam tadi entah apa-apa yang aku merapu.. hmm.. my bad!

18 comments:

  1. fae skrg cuba biasakan tido 5-6 hours instead of 8 hours hihi..

    ReplyDelete
  2. akak tak cukup tidur.. sehari 2-3 jam je tidur.. singgah menabung 3-3.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. waahh.. memang tak cukup tidur la kalau mcm 2 akak..

      Delete
  3. Replies
    1. Kebanyakkan student memang tak cukup tido kot.. hehe :D

      Delete
  4. Mmg bila dah usia mcm ni, kurang cukup tidur... cuma, klu boleh dpt cari masa lepas zohor dpt nap dlm 1/2 jam jadilah.. alhamdulillah.. terasa segar semula.. T kasih diatas perkongsian ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kebanyakkan orang dewasa memang kurang cukup tidur. Kanak-kanak jugak yang untung. hehe..sama-sama.. :)

      Delete
  5. kadang2 terlajak tido.. hihihi :)

    ReplyDelete
  6. lecturer pha is cakap, student yg tidur dengan secukupnya, (6-8 jam sehari) bukanlah seorang student yg baik. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Oo..macam tu eh..tp betol juga, bnyk tido assignment tak siap.hehe

      Delete
  7. aefa jarang dpt tido yg mencukup hihi.. selalu kurang je -.-''

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa-apa pun yg penting ttp kena rehat walaupun sekejap. :)

      Delete