Sunday 24 November 2013

Doa dan tidur..

Assalamualaikum w.b.t..


Semasa tidur dan didatangi mimpi yang menakutkan, sememangnya meresahkan jiwa. Dulu masa sekolah aku sering didatangi mimpi buruk pada malam jumaat (mungkin kerana perasaan takut). Mimpi yang sampai sekarang aku masih ingat semasa di tingkatan 2 aku pernah bemimpi melihat orang dibunuh dan dagingnya disiat-siat. Berhari-hari jugalah aku terbayang-bayang mimpi tersebut. Sangat tragis! Jadi disini aku ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita amalkan supaya terhindar daripada gangguan mimpi-mimpi yang menakutkan.

ZIKIR SEBELUM TIDUR

Apabila Rasulullah S.A.W mahu tidur ditempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan dua tapak tangannya lalu ditiupkan dan dibaca:

  • Surah al-Ikhlas
  • Surah al-Alaq
  • Surah al-Nas
Kemudian dengan dua tapak tangannya, Baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau.Dimulai dari kepala,wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak 3 kali.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

DOA SEBELUM TIDUR



Maksudnya : "Dengan namaMu Ya Allah, aku hidup dan mati"
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



 DOA APABILA KETAKUTAN DALAM TIDUR




Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahanNya, seksaanNya, dan kejahatan hamba-hambaNya, dan godaan syataitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang kepadaku.
(Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)


Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: 
"Mimpi yang baik adalah daripada Allah, sedang mimpi (buruk) adalah daripada syaitan. Apabila seseorang daripada kamu bermimpi yang disenangi, janganlah dibicarakan kecuali kepada orang yang senang mendengarnya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang yang bermimpi buruk:
  • Meludah ke kirinya, tiga kali.
  • Minta pertolongan kepada Allah daripada godaan syaitan dan kedasyatan mimpinya, tiga kali.
  • Membalikkan tubuh (mengubah posisi).
  • Mengambil wuduk dan bersolat.
  • Mengelakkan daripada bercerita tentangnya.

DOA APABILA MEMBALIKKAN TUBUH PADA WAKTU MALAM (PENGUBAH POSISI)




Maksudnya: "Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Maha Esa, Yang Maha Perkasa, Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa yang ada diantara kedua-duanya. Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun."
(Riwayat al-Hakim)

DOA BANGUN TIDUR


Maksudnya: "Segala puji bagi Allah yang membangunkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

..............................


Inilah antara doa-doa dan amalan-amalan yang dapat aku kongsikan. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita bersama. Islam adalah agama yang menyeluruh, setiap apa yang kita lakukan pasti diiringi dengan doa supaya sentiasa dibawah perlindunganNya. Paling tidak pun dahulukan dengan "Bismallah" diawal setiap pekerjaan. :)



Tajuk : Doa & Zikir Harian
Susunan: Ustaz Zaharan Mohamed
Terbitan : Telaga Biru (2008)
Harga : RM6.00 (SM)
           RM8.00(SS)
Doa-doa ini dipetik daripada naskah Doa dan Zikir Harian Ustaz Zaharan Mohamed terbitan Telaga Biru. Didalam naskah kecil ini terdapat banyak doa-doa harian yang dapat kita amalkan. Aku tertarik dengan tulisan kat atas tu "Hadiah buat diriku yang sering lupa dan ingin mencari keredhaan Allah." Tulisan inilah yang menarik aku untuk membeli naskah kecil ini. Jadi kepada sesiapa yang belum memilikinya cepat-cepat cari dikedai buku berhampiran anda! (da macam promoter pulak.) ;D






16 comments:

  1. selalu baca doa tido dgn doa bgun tdo je...rupanya byk lagi doa yg ada ek...thanks share!

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa-doa pendek yang senang untuk dihafal.. sama-sama.. :)

      Delete
  2. Insyaallah...akan dipratikkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. semoga dapat memberi manfaat.. :)

      Delete
  3. salam..
    insaalah akan selalu amalkan..
    terima kasih utk perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih sayang...perkongsian bermanfaat..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... t kasih diatas peringatan & perkongsian.. suka tengok tulisan jawi tu.. :D
    p/s: tahniah wawa.. blog sudah semakin cantik.. :)

    ReplyDelete
  6. Munirah pun kadang2 mimpi pelik2 jugak :)

    ReplyDelete
  7. sangat bermanfaat perkongsian ini untuk amalan seharian kita semua.. :D

    ReplyDelete